The adventure continues…..

image

Kak Cik selepas physiotherapy

Insyaallah lusa (14/6) genap 9 tahun Kak Cik di kenal pasti mempunyai tumor di otaknya pada tahun 2007. Alhamdulillah selepas pembedahan & pelbagai rawatan radiotherapy & chemotherapy, kanser & tumor tersebut tidak lagi dikesan.

Beliau kini sudah mencecah umur 18 tahun dan telah berjaya lulus SPM tahun lepas. Sekarang Kak Cik mengikuti kursus Pengurusan Pejabat di PTPL Seremban dan belajar berniaga online kecil kecilan di http://www.facebook.com/cuteislah

Jemputlah LIKE page tersebut sebagai tanda sokongan terhadap Kak Cik Islah.

KENANGAN PARA-SAILING DI LANGKAWI (6 Disember 2013)

Dalam perjalanan hidup Kak Cik sebagai cancer survivor, keberaniannya mencuba aktiviti Para-Sailing semasa percutian keluarga di Langkawai pada tahun 2013 adalah sangat mengujakan. Ibunya yang pada awal tidak mahu mencuba pun jadi berani dan turut melayang di udara!

Percayalah bahawa anak anak kita yang terpilih sebagai pesakit kanser sebenarnya adalah anak anak yang hebat. Insyaallah.

para-counter

para-diudara para-diudara2 para-diudara2 para-landing para-selamat

8. Perjuangan Paed Onco

Malam tadi dengar berita, Mohd Hazim masuk wad. Hazim ialah pesakit kanser juga. Dia kena lymphoma(kanser kelenjar).Sedih cerita dia ni. Kanser dia tak pernah clear. Dah tak ada rawatan lagi, menurut kata doktor. Dah lebih setahun guna morfin (makan atau pelekat) untuk hilang rasa sakit. Tapi itu pun masih sakit. Kansernya berada di merata tempat terutama di kelenjar-kelenjar. Sekarang ini pun dah berada di tulang. Kanser tulang adalah antara kanser yang paling sakit.Disebabkan tak pernah clear kansernya dia sentiasa berada dalam kesakitan. Bayangkan selama hampir 2 tahun setiap malam tak boleh tidur kerana sakit.

Dia dari keluarga miskin, jadi tiada kenderaan sendiri. Datang ke hukm pun terpaksa naik teksi. Kami dari Cakne bantu ibunya dari segi kewangan semampu yang boleh. Saya pun kerap menalipon ibunya. Dia hanya ditemani oleh ibunya. Ayahnya saya tak pernah jumpa. Mesti familynya stress!!!!. Kalau Cakne ini active, ramai ahlinya, banyak perkara yang boleh dibantu. Ini saya dan beberapa kerat ahli (anak pun kanser) pun sibuk dengan hal masing-masing. Hai kadang-kadang buntu dibuatnya.

7. Perjuangan Paed Onco

Istilah Paed Onco : Pediatric Oncology(kanser kanak2)

Mac ini nanti Islah akan di scan (MRI) semula. Setiap kali nak scan ibu lah yang paling takut. Bukan takut Islah kena scan tapi takut keputusannya. Beginilah nasib emak-emak paed onco. Bila anak kena scan, kami paling berdebar tunggu keputusannya. Rasa nak tercabut jantung!…..Jadi sebelum kena scan, selepas operate kali kedua Islah diberi makan homeopati, multivitamin dan monavie. Yelah kanser ini kita kena serang dia habis-habisan walaupun oncologist(pakar kanser) kata dah clear.

Malam ini tadi ada orang beritahu tentang herba yang boleh hilangkan kanser. Ade kes( kanser otak jugak)  tak perlu bedah. Makan aje herba boleh sembuh. Doktor scan dah hilang. Ya Allah!  mudahnya. Islah terpaksa bedah, radioterapi dan kimoterapi. Hampir 2 tahun di hukm. Keluarga jadi tak terurus. Adik beradik yang ambil exam PMR, UPSR dan SPM semua pandai2 sendiri( nasib baik semua scor banyak A). Yang paling sedih Islah jadi OKU. Sekarang selalu letih, muka nampak letih. Dan segala- galanya menyedihkan, perit dan derita sepanjang rawatan. Tiba-tiba ada orang beritahu ada rawatan makan herba dan mudah aje boleh sembuh. Tersentuh hati ibu mendengarnya. Bukan tak percaya tapi rasa sedih sangat. Ya Allah, ape aku dah buat dengan anakku ini sampai jadi OKU. Hampir setiap malam ibu bermimpi wajah ceria Islah yang dulu. Bila terjaga rasa sedih sangat sebab itu hanya mimpi. Rasanya hampir mustahil nak dapatkan Islah yang dulu…..Hanya Allah yang faham perasaan ini

Nukilan Ibu Islah

6. Perjuangn Paed Onco

IstilahPaed Onco : Pediatric Oncology (kanser kanak2)

Jam 7pg kami dah keluar rumah pergi ke SMK Seri Ampangan. Sama waktu macam pergi sekolah walaupun hari ini sabtu. Smpai d sekolah orang dah ramai. Ibu ingatkan belum ade org. Selalu salah judgement. Hari ini hari ‘Merentas Desa Sekolah’ .Wah! Islah seronok sungguh walaupunn dia tak lari. Di tambah pula ade Mufidah. Mufidah ialah kawan Islah semasa sekolah rendah. Dia yg banyak bantu Islah pergi mana2 terutama tandas semasa sekolah rendah. Semalam Mufidah tidur d rumah. Sebilik dengan Islah.

Semasa ibu sibuk dengan PBSM. Islah, Mufidah dan juga Hanan (adik bongsu Islah) melawat kawasan sekolah. Sekolah ini memang cantik, banyak taman-taman ilmu. Taman geografi, taman bunga raya, taman herba dan ade satu lagi taman lupa pulak namanya. Islah memang suka taman-taman ini. Jadi dia ajak Mufidah dan Hanan melawat. Tip top pengurusan sekolah ini dapat menghasil suasana sekolah yang kondusif. Terima kasih warga SMKSA dapat mengembirakan hati Islah dan anak -anak didik yg lain.

5. Perjuangan Paed Onco

Sudah 3 minggu Islah d SMK Seri Ampangan. Dia seronok d sekolah ini. Banyak kemudahan yg diberi. PK HEM uruskan urusan untuk mendapat elaun OKU. Walaupun Islah dah 3 tahun OKU, sekarang ni baru nak buat urusan itu. Ini d sebabkan semasa d sekolah rendah, dia sekolah agama swasta. Pengetua juga telah memberi green light untuk Islah membuat ujian dan exam d rumah. Ini kerana dia menulis lambat. Nampaknya ibu le kena pantau, agar dia ikut masa yg sepatutnya dia layak jika exam sebenar (PMR).  

Islah rasa tak sabar untuk melihat kawan-kawannya lari dalam ‘Merentas Desa Sekolah’ esok. Hanan adik bongsunya juga sibuk nak pergi. Terima kasih warga SMKSA yang telah prihatin dan mengembirakan Islah. Jasa semua hanya Allah swt yg membalasnya.

4. Perjuangan Paed Onco

Hari ini islah tengok  orang merentas desa d sekolah. Seronok betul dia!!! Walaupun itu baru latihan penuh. Ibu sibuk uruskan pbsm. Islah memang seronok d SMK Seri Ampangan. Dia tidak d pinggirkan walaupun dah oku. Tetapi kesian jugak dia kerna dia menulis lambat. jadi banyak le yang tertangguh. Ibu le yang bertungkus lumus menyiapkan. Tak ape le !!. Sebenarnya tak sangka islah dapat ke sekolah hingga tingkatan 1. Ye lah Nov 2010 operate kali kedua.

Selepas d beritahu kena operate kali ke2, Islah takut dan sedih. ‘ Ibu, mati le kakcik(islah)  kali ni sebab dah ke2 selalunya mati’. Ibu jawab’ Cuba tengok orang keliling ade tak jumpa orang umur 100 tahun’ Dia jawab ‘ Tak ade’. Ibu kata’ Haa jadi semua orang pun mati, jadi tak usah kisah. Itu semua kerja Allah swt. Jgn nak ambil alih kerja Allah’. Alhamdulillah dia faham. Sebenarnya setiap perkataan yg keluar dari mulut ini untuk memberi semangat pada islah adalah pertolongan dari yg Maha mengetahui.

3. perjuangan paed onco

Paed Onco : Pediatric Oncology : Kanser Kanak-kanak

Hari merentas desa d sekolah tetapi islah hanya mampu tengok aje kawan-kawan berlari. Dulu dia seorang yg sangat aktif. Semuanya sudah berlalu.Sekarang ini dia belajar bersungguh2. Mungkin itu saje yg dia mampu buat. Bersungguh-sungguh walaupun terlalu banyak kekangan. Segala aktivitinya psikomotor perlahan. Terlalu banyak cabaran untuk dia dan ibu. Alhamdulillah semua warga SMK Seri Ampangan memberi kerjasama terutama pelajar 1 Angsana. Hanya Allah swt membalas jasa kalian

Perjuangan Paed Onco

Definasi – Paed Onco  :  Pediatric Oncology/ Kanser Kanak Kanak 

Sedih mendengar kabar anak-anak paed onco berjuang untuk hidup. Dis 2010 Anuaruddin, awal jan 2011 Azim dan minggu lepas Amylea menyelesaikan perjuangan selepas berjuang berhabisan dengan penuh keperitan dan kesakitan. Semuga emak-emak dan keluarga mereka redha dengan pemergian mereka. Ingatlah dunia ini pinjaman aje. Sesungguhnya perjuangan ini mendekat kita dengan Yg Maha Esa. setiap cabaran dan ujian adalah untuk mengumpul markah d akhirat. Kepada anak-anak Paed Onco dan emak-emak yang masih berjuang, teruskan perjuangan hingga titisan darah terakhir .

Nukilan : Ibu Islah

Pasca Pembedahan

Alhamdulillah setakat ni Kak Cik stabil selepas pembedahannya pada 27 Nov 2010 yang lalu. Balutannya telah dibuka tanpa sebarang komplikasi 10 hari kemudian. Insyaallah lusa (21/12) akan berjumpa dengan pakar onkologi kanak kanak untuk perbincangan tentang langkah langkah rawatan seterusnya.

Di kampung pada 05122010

Kesan bedah semasa dibuka balutan pada 7/12/10

Previous Older Entries