TUNDA UPSR

Kami telah memohon kepada Lembaga Peperiksaan untuk menangguhkan peperiksaan UPSR Kak Cik ke tahun 2011. Sebenarnya kami dah daftarkan dia untuk tahun 2010 tapi selepas melihat perkembangan dan pencapaiannya dalam beberapa siri ujian dan peperiksaan dalaman yang diambil sejak awal tahun ni kami dapati adalah lebih baik sekiranya Kak Cik di bagi masa yang lebih untuk membuat persediaan.

Selain dari ketinggalan dua tahun persekolahan (Jun 2007 – Jun 2009), sebagaimana yang kita maklum Kak Cik juga adalah seorang OKU sekarang. Oleh itu keadaan fizikalnya yang kurang optimum juga meningkatkan cabarannya untuk belajar & mengulangkaji pelajaran.

Buat masa ini pencapaian Kak Cik dalam BM,  BI & Sains  agak memberangsangkan tetapi Matematiknya memang lemah.

OK nanti kami tulis lagi tentang topik ni, insyaallah.

Advertisements