The New Straits Times

Kak Cik telah ditemubual oleh seorang wartawan NST pada 20 Mei 2009 di Kafetaria PPUKM. Berita tersebut telah tersiar semalam. Versi Online nya ada di link berikut http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/National/2563379/Article/index_html

052209_1625_TheNewStrai1.jpg

RAWATAN LANJUTAN

Maaflah kerana lama tak update blog ini. Tapi tak apalah bak kata orang ‘better late than never’.

OK, selepas tamat rawatan Chemotherapy pada bulan Feb lepas sebenarnya memang tiada lagi rawatan untuk Kak Cik di hospital untuk tumor/ cancer tersebut. Alhamdulillah, MRI terkini menunjukkan tiada lagi tumor tersebut di lokasi asalnya.

Namun kerana kecederaan yang berlaku kepada beberapa sarafnya maka Kak Cik kini telah kehilangan daya untuk menyeimbangkan badannya. Oleh itu beliau tidak mampu untuk berjalan sendiri tanpa bantuan alat atau tempat berpegang. Namun kami masih yakin bahawa masalah ini adalah sementara sahaja dan Insyaallah akan dapat diselesaikan melalui rawatan fisioterapi dan terapi carakerja yang berterusan. Maklumlah sel otak kanak kanak yang sedang membesar sudah tentulah lebih mudah untuk dilatih berbanding orang tua kut?

Oleh itu Kak Cik telah mula menjalani rawatan rawatan tersebut secara intensif di Hospital Tuanku Jaafar Seremban mulai bulan Mac lepas. Berikut adalah sebahagian foto foto aktiviti yang beliau lakukan.