7. Perjuangan Paed Onco

Istilah Paed Onco : Pediatric Oncology(kanser kanak2)

Mac ini nanti Islah akan di scan (MRI) semula. Setiap kali nak scan ibu lah yang paling takut. Bukan takut Islah kena scan tapi takut keputusannya. Beginilah nasib emak-emak paed onco. Bila anak kena scan, kami paling berdebar tunggu keputusannya. Rasa nak tercabut jantung!…..Jadi sebelum kena scan, selepas operate kali kedua Islah diberi makan homeopati, multivitamin dan monavie. Yelah kanser ini kita kena serang dia habis-habisan walaupun oncologist(pakar kanser) kata dah clear.

Malam ini tadi ada orang beritahu tentang herba yang boleh hilangkan kanser. Ade kes( kanser otak jugak)  tak perlu bedah. Makan aje herba boleh sembuh. Doktor scan dah hilang. Ya Allah!  mudahnya. Islah terpaksa bedah, radioterapi dan kimoterapi. Hampir 2 tahun di hukm. Keluarga jadi tak terurus. Adik beradik yang ambil exam PMR, UPSR dan SPM semua pandai2 sendiri( nasib baik semua scor banyak A). Yang paling sedih Islah jadi OKU. Sekarang selalu letih, muka nampak letih. Dan segala- galanya menyedihkan, perit dan derita sepanjang rawatan. Tiba-tiba ada orang beritahu ada rawatan makan herba dan mudah aje boleh sembuh. Tersentuh hati ibu mendengarnya. Bukan tak percaya tapi rasa sedih sangat. Ya Allah, ape aku dah buat dengan anakku ini sampai jadi OKU. Hampir setiap malam ibu bermimpi wajah ceria Islah yang dulu. Bila terjaga rasa sedih sangat sebab itu hanya mimpi. Rasanya hampir mustahil nak dapatkan Islah yang dulu…..Hanya Allah yang faham perasaan ini

Nukilan Ibu Islah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: