Pasca Pembedahan

Alhamdulillah setakat ni Kak Cik stabil selepas pembedahannya pada 27 Nov 2010 yang lalu. Balutannya telah dibuka tanpa sebarang komplikasi 10 hari kemudian. Insyaallah lusa (21/12) akan berjumpa dengan pakar onkologi kanak kanak untuk perbincangan tentang langkah langkah rawatan seterusnya.

Di kampung pada 05122010

Kesan bedah semasa dibuka balutan pada 7/12/10

KEMBARA MASJID MELAKA

Sebelum saya tahu kena bedah untuk kali kedua baru baru ini,  saya & keluarga telah pergi bercuti di Melaka, percutian yang  digelar Kembara Masjid. Saya pergi bersama keluarga (kecuali Abang Lang yang sedang SPM & Abang Ngah yang nak exam Semester di UTM) dan keluarga Mak Ndak Acal (adik ayah).

Sebelum ke Melaka kami singgah dahulu di Masjid Nurul Hidayah, Taman  Seremban Jaya untuk Solat Zuhur & Solat Hajat. Lepas tu kami ke majlis perkahwinan anak Pak Lang Atan @ Norizan (sepupu ayah) yang tinggal di situ.

Masjid Nurul Hidayah, Taman Seremban Jaya

Solat Hajat - saya tak nampak sebab saya hanya boleh solat sambil duduk

Bersama Pak Lang Atan

Kami kemudiannya terus ke Melaka dan tempat pertama yang kami singgah ialah di Masjid Kampung Hulu, masjid tertua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapak yang asal.  Kami menunaikan solat hajat dan solat Asar di sini. Ade banyak makanan di masjid ini yang disedekah oleh orang ramai. Nazar kut?

Masjid Kampung Hulu

Kami kemudian pergi ke Sungai Melaka untuk menyertai River Cruise iaitu menaiki bot beramai ramai selama lebih kurang 45 minit. Sungguh seronok tetapi kakak merungut…….katanya air sungai tu busuk………Mmmh……….

Akil, Hadi, Am dan Hanan terkinja kinja keseronokan melihat buaya……walaupun itu sebenarnya itu adalah biawak……

River Cruise di Sungai Melaka

Buaya ke Biawak?

Kami kemudiannya bersolat Maghrib dan Isyak dan juga solat hajat di Masjid Negeri Melaka ie. Masjid Al Azim.

Pak Ndak yang hensem!

Kami sampai di rumah Pak Lang di Kg Sg. Kertah untuk makan malam pada pukul 9 malam. Sedap lauk yang Mak Lang masak… Ada ubi rebus dan sambal belacan lagi…Banyak yang ibu, ayah, Mak Ndak & Pak Ndak makan.

Selepas makan malam keluarga Mak Ndak terus pergi ke chalet di tepi pantai untuk tidur. Seronok betul Akil, Hadi dan Am. Kami seperti biasa tidur di rumah Pak Lang lah.

Keesokannya ayah, ibu dan Pak Ndak besolat subuh di masjid Kg. Sg. Tuang. Mereka baca Yaasin selepas subuh

Kami kemudiannya bersarapan beramai ramai di rumah Pak Lang. Keluar dari rumah Pak Lang kami terus ke pekan Masjid Tanah dan bersolat sunat Dhuha dan solat hajat di Masjid Tanah yang nampaknya dibuat dari batu! Ini masjid ke 5 dalam kembara ini.

Hanan lepas solat di Masjid Tanah

Selepas itu kami pergi ke Makam Hang Tuah. Panjang betul kuburnya. Tinggi ke Hang Tuah ini????

Di Makam Hang Tuah

Panjangnya kubur Hang Tuah ni!

Sampai di bandar Melaka kami terus naik Menara Taming Sari. Seronoknya…..tak terkata…

Menara Taming Sari

Menara Taming Sari - semasa di puncak!

Bila turun tu perut pulak dah lapar…….terus kami ke Mahkota Parade untuk makan tengah hari di Pizza Hut. Pak Ndak yang belanja. Terima kasih Pak Ndak…Murah rezeki!

Lepas makan kami ke Masjid Selat Melaka untuk solat Zohor, Asar dan solat hajat. Cantik sungguh masjid ini. Ia terletak betul betul tepi pantai. Angin dari laut terasa nyaman sekali..….

Ilham @ Am dah keletihan di Masjid Selat Melaka

Selepas ini keluarga Pak Ndak balik ke KL sebab dia cuti sehari sahaja. Kami masih meneruskan kembara ini. Keluarga kami kemudian ke Jonker Walk. Tapi tak keluar dari kereta sebab semua dah letih (terutamanya saya!)

Kami seterusnya pergi ke Kg. Morten, sebuah perkampungan yang menjadi muzium yang ‘hidup’ sebab penduduknya masih tinggal di situ. Cantik sungguh kampung ini. Ibu kata  rumah di situ sama macam rumah arwah nenek moyang saya masa ibu kecil dulu. Nostalgia untuk ibu!

Kami teruskan kembara dengan menaiki beca di sekitar Kota A’ Famosa. Mahal pulak tambang beca ini…… RM 40 untuk satu jam. Ibu kata tak ape sebab ibu dan ayah berat! Teruk pakcik beca bawak…

Lepas tu cadangnya nak naik Muzium Samudera (replika kapal orang Portugis  ‘Flo De La Ma’ tapi malangnya dah tutup sebab dah malam.

Kami bersolat Maghrib,  Isya’ dan solat hajat di masjid Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang. Kompleks ini dibina dengan kos bernilai RM305 juta. Mula beroperasi pada bulan Mei 2010. Kompleks penjara serba baru dan moden ini dapat menampung kira-kira 2,000 banduan membabitkan 1,700 banduan lelaki dan selebihnya wanita. Tapi masa solat tu tak adalah banduannya! Ini masjid Ke 7 yang kami singgah sebelum kami mengakhiri kembara masjid ini.

Besok tu baru ayah beritahu yang saya akan di bedah sekali lagi di otak (tempat lama). Terkejut dan sedih tapi terima sajelah.

Nukilan : Nurul Islah @ Kak Cik

Ditaip oleh :  Ibu

Disunting oleh : Ayah