Nenek jaga Kak Cik

Hari ini, hari pertama kakcik pergi ke kampung di Seri Lalang, Rantau. Kakcik ke kampong kerana hari ini ibu dah mula bekerja (pergi sekolah) dan Bibik pun dah tak ada nak jaga kakcik. Pada pagi ini, rasa sangat sedih (menangis) kerana ibu tidak dapat menemankan kakcik seperti hari – hari sebelum ni. Ibu berkata “ Jangan lemah semangat, kakcik tidak boleh susah hati “ ibu berkata sebegitu untuk memujuk kakcik supaya jangan nangis. Kakcik sedang menulis ini di dalam kereta sambil menunggu ayah membawa kereta sehingga tiba di kampung. Kakcik dah tak tahu lagi nak tulis apa, sampai di sini sajelah agaknya. Sekian, terima kasih. Bye2

Advertisements