Video on Brain Tumor

There is a short video explaining about brain tumor at this link

Advertisements

KAK CIK CUCI KERETA

Walaupun selepas chemo (cycle ke-6), Kak Cik begitu bersemangat untuk menjalani aktiviti keluarga. Pada hari Ahad (26/10) & Isnin (27/10) kami sama sama cuci kereta. Walau pun dia cepat letih, yang dia seronok sangat tu sebab lepas cuci kereta kita orang main air & mandi kat porch tu sama sama!

Cuci kereta ibu

Cuci kereta ibu

Cuci kereta ayah pulak!

Cuci kereta ayah pulak!

Terima Kasih Maisarah Hani!

Semalam Kak Cik dapat hadiah penutup mulut (face mask) dari Maisarah Hani/ Putajaya. Maisarah (12 tahun) adalah seorang pengidap Leukemia. Baru baru ni beliau telah mengambil peperiksaan UPSR di hospital semasa sedang dalam rawatan. Dia ni memang sangat kreatif. Face mask ni dia yang buat sendiri!

Thanks Maisarah

Face Mask yang dibuat sendiri oleh Maisarah Hani

Face Mask yang dibuat sendiri oleh Maisarah Hani

Kak Cik pakai facemask

Al Fatihah juga

Tak sampai seminggu selepas adik Danial pergi, semalam (Rabu – 22 Okt 08) pada pukul 12.10 t/hari adik Mohd Haiqal pula kembali ke Rahmatullah. Jenazah beliau telah dibawa pulang ke Kuching, Sarawak untuk disemadikan.

Al-Fatihah

Al Fatihah

Lebih kurang pukul 5 pagi semalam, Jumaat (17 Okt 2008), berakhirlah perjuangan adik Danial dan kembalilah dia ke Rahmatullah dengan penuh ketenangan. Beliau berumur 9 tahun. Mula dikesan mengidap Non-Hodgkin Lymphoma pada umur 2 tahun setengah, beliau telah berjuang dengan penuh bersemangat menjalani pelbagai rawatan yang disediakan di wad Pediatric Oncology PPUKM. Namun begitu ALlah SWT lebih menyayanginya dan kini beliau berada ditempat istimewa yang tersedia untuknya.

Saya mendapat tahu tentang pemergiannya semasa berada di Johor Bahru semalam melalui SMS ringkas dari sdr Amri, ayah Allahyarham. Petang tadi saya, isteri serta adik saya Salbiah & suaminya Mohd Amin sempat menziarahi keluarga istimewa ini di Kg. Sg. Layang, Rembau, NSDK.

Al-Fatihah

BLOG DAPAT NAFAS BARU

Setelah menyepi selama 10 bulan+, maka kami kuatkan hati untuk meneruskan blog ini. Sememangnya rasa rugi besar betul bila perjalanan hidup Nurul Islah @ Kak Cik selama 10 bulan ni tak tercatat……walaupun kebanyakannya masih terpahat dalam memori.

OK lah, biar kami perturunkan peristiwa peristiwa penting yang dialami oleh Kak Cik selama tempoh ‘hibernasi’ blog ini;

Radiotheraphy (26 Dis 2007 – 13 Feb 2008)

Rawatan ini sepatutnya 30x tetapi dapat buat 29x aja sebab masa nak buat yang ke 30 tu mesin Radiotherapy tu rosak pulak. So, doktornya kata cukuplah tu sebab tak berapa significant sangat jika miss 1x macam tu

 

Chemotherapy (24 Mac 2008 & dijangka tamat pada Jan 2009)

Rawatan chemo Kak Cik adalah berdasar Protocol Packer yang menggunakan 3 jenis chemo drug ie. Cisplatin, CCNU & VCR sebanyak 8 pusingan yang setiap satunya selama 6 minggu. Jadi sekiranya tiada komplikasi yang serius maka insyaallah rawatan ini akan mengambil masa selama 48 minggu.

Alhamdulillah setakat ni nampaknya Kak Cik mampu menjalani rawatan rawatan tersebut walaupun dalam tempoh 10 bulan ni memang macam cabarannya. Insyaallah bila bila sempat nanti kami cubalah kisahkan semula cabaran cabaran tu.

 

Ayah & Ibu