BLOG DAPAT NAFAS BARU

Setelah menyepi selama 10 bulan+, maka kami kuatkan hati untuk meneruskan blog ini. Sememangnya rasa rugi besar betul bila perjalanan hidup Nurul Islah @ Kak Cik selama 10 bulan ni tak tercatat……walaupun kebanyakannya masih terpahat dalam memori.

OK lah, biar kami perturunkan peristiwa peristiwa penting yang dialami oleh Kak Cik selama tempoh ‘hibernasi’ blog ini;

Radiotheraphy (26 Dis 2007 – 13 Feb 2008)

Rawatan ini sepatutnya 30x tetapi dapat buat 29x aja sebab masa nak buat yang ke 30 tu mesin Radiotherapy tu rosak pulak. So, doktornya kata cukuplah tu sebab tak berapa significant sangat jika miss 1x macam tu

 

Chemotherapy (24 Mac 2008 & dijangka tamat pada Jan 2009)

Rawatan chemo Kak Cik adalah berdasar Protocol Packer yang menggunakan 3 jenis chemo drug ie. Cisplatin, CCNU & VCR sebanyak 8 pusingan yang setiap satunya selama 6 minggu. Jadi sekiranya tiada komplikasi yang serius maka insyaallah rawatan ini akan mengambil masa selama 48 minggu.

Alhamdulillah setakat ni nampaknya Kak Cik mampu menjalani rawatan rawatan tersebut walaupun dalam tempoh 10 bulan ni memang macam cabarannya. Insyaallah bila bila sempat nanti kami cubalah kisahkan semula cabaran cabaran tu.

 

Ayah & Ibu

Tinggalkan komen