8. Perjuangan Paed Onco

Malam tadi dengar berita, Mohd Hazim masuk wad. Hazim ialah pesakit kanser juga. Dia kena lymphoma(kanser kelenjar).Sedih cerita dia ni. Kanser dia tak pernah clear. Dah tak ada rawatan lagi, menurut kata doktor. Dah lebih setahun guna morfin (makan atau pelekat) untuk hilang rasa sakit. Tapi itu pun masih sakit. Kansernya berada di merata tempat terutama di kelenjar-kelenjar. Sekarang ini pun dah berada di tulang. Kanser tulang adalah antara kanser yang paling sakit.Disebabkan tak pernah clear kansernya dia sentiasa berada dalam kesakitan. Bayangkan selama hampir 2 tahun setiap malam tak boleh tidur kerana sakit.

Dia dari keluarga miskin, jadi tiada kenderaan sendiri. Datang ke hukm pun terpaksa naik teksi. Kami dari Cakne bantu ibunya dari segi kewangan semampu yang boleh. Saya pun kerap menalipon ibunya. Dia hanya ditemani oleh ibunya. Ayahnya saya tak pernah jumpa. Mesti familynya stress!!!!. Kalau Cakne ini active, ramai ahlinya, banyak perkara yang boleh dibantu. Ini saya dan beberapa kerat ahli (anak pun kanser) pun sibuk dengan hal masing-masing. Hai kadang-kadang buntu dibuatnya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.