Lebih kurang pukul 5 pagi semalam, Jumaat (17 Okt 2008), berakhirlah perjuangan adik Danial dan kembalilah dia ke Rahmatullah dengan penuh ketenangan. Beliau berumur 9 tahun. Mula dikesan mengidap Non-Hodgkin Lymphoma pada umur 2 tahun setengah, beliau telah berjuang dengan penuh bersemangat menjalani pelbagai rawatan yang disediakan di wad Pediatric Oncology PPUKM. Namun begitu ALlah SWT lebih menyayanginya dan kini beliau berada ditempat istimewa yang tersedia untuknya.
Saya mendapat tahu tentang pemergiannya semasa berada di Johor Bahru semalam melalui SMS ringkas dari sdr Amri, ayah Allahyarham. Petang tadi saya, isteri serta adik saya Salbiah & suaminya Mohd Amin sempat menziarahi keluarga istimewa ini di Kg. Sg. Layang, Rembau, NSDK.
Al-Fatihah