8. Perjuangan Paed Onco
25 Jan 2011 Leave a Comment
in Journal
Malam tadi dengar berita, Mohd Hazim masuk wad. Hazim ialah pesakit kanser juga. Dia kena lymphoma(kanser kelenjar).Sedih cerita dia ni. Kanser dia tak pernah clear. Dah tak ada rawatan lagi, menurut kata doktor. Dah lebih setahun guna morfin (makan atau pelekat) untuk hilang rasa sakit. Tapi itu pun masih sakit. Kansernya berada di merata tempat terutama di kelenjar-kelenjar. Sekarang ini pun dah berada di tulang. Kanser tulang adalah antara kanser yang paling sakit.Disebabkan tak pernah clear kansernya dia sentiasa berada dalam kesakitan. Bayangkan selama hampir 2 tahun setiap malam tak boleh tidur kerana sakit.
Dia dari keluarga miskin, jadi tiada kenderaan sendiri. Datang ke hukm pun terpaksa naik teksi. Kami dari Cakne bantu ibunya dari segi kewangan semampu yang boleh. Saya pun kerap menalipon ibunya. Dia hanya ditemani oleh ibunya. Ayahnya saya tak pernah jumpa. Mesti familynya stress!!!!. Kalau Cakne ini active, ramai ahlinya, banyak perkara yang boleh dibantu. Ini saya dan beberapa kerat ahli (anak pun kanser) pun sibuk dengan hal masing-masing. Hai kadang-kadang buntu dibuatnya.
7. Perjuangan Paed Onco
24 Jan 2011 Leave a Comment
in Journal
Istilah Paed Onco : Pediatric Oncology(kanser kanak2)
Mac ini nanti Islah akan di scan (MRI) semula. Setiap kali nak scan ibu lah yang paling takut. Bukan takut Islah kena scan tapi takut keputusannya. Beginilah nasib emak-emak paed onco. Bila anak kena scan, kami paling berdebar tunggu keputusannya. Rasa nak tercabut jantung!…..Jadi sebelum kena scan, selepas operate kali kedua Islah diberi makan homeopati, multivitamin dan monavie. Yelah kanser ini kita kena serang dia habis-habisan walaupun oncologist(pakar kanser) kata dah clear.
Malam ini tadi ada orang beritahu tentang herba yang boleh hilangkan kanser. Ade kes( kanser otak jugak) tak perlu bedah. Makan aje herba boleh sembuh. Doktor scan dah hilang. Ya Allah! mudahnya. Islah terpaksa bedah, radioterapi dan kimoterapi. Hampir 2 tahun di hukm. Keluarga jadi tak terurus. Adik beradik yang ambil exam PMR, UPSR dan SPM semua pandai2 sendiri( nasib baik semua scor banyak A). Yang paling sedih Islah jadi OKU. Sekarang selalu letih, muka nampak letih. Dan segala- galanya menyedihkan, perit dan derita sepanjang rawatan. Tiba-tiba ada orang beritahu ada rawatan makan herba dan mudah aje boleh sembuh. Tersentuh hati ibu mendengarnya. Bukan tak percaya tapi rasa sedih sangat. Ya Allah, ape aku dah buat dengan anakku ini sampai jadi OKU. Hampir setiap malam ibu bermimpi wajah ceria Islah yang dulu. Bila terjaga rasa sedih sangat sebab itu hanya mimpi. Rasanya hampir mustahil nak dapatkan Islah yang dulu…..Hanya Allah yang faham perasaan ini
Nukilan Ibu Islah
6. Perjuangn Paed Onco
22 Jan 2011 Leave a Comment
in Journal
IstilahPaed Onco : Pediatric Oncology (kanser kanak2)
Jam 7pg kami dah keluar rumah pergi ke SMK Seri Ampangan. Sama waktu macam pergi sekolah walaupun hari ini sabtu. Smpai d sekolah orang dah ramai. Ibu ingatkan belum ade org. Selalu salah judgement. Hari ini hari ‘Merentas Desa Sekolah’ .Wah! Islah seronok sungguh walaupunn dia tak lari. Di tambah pula ade Mufidah. Mufidah ialah kawan Islah semasa sekolah rendah. Dia yg banyak bantu Islah pergi mana2 terutama tandas semasa sekolah rendah. Semalam Mufidah tidur d rumah. Sebilik dengan Islah.
Semasa ibu sibuk dengan PBSM. Islah, Mufidah dan juga Hanan (adik bongsu Islah) melawat kawasan sekolah. Sekolah ini memang cantik, banyak taman-taman ilmu. Taman geografi, taman bunga raya, taman herba dan ade satu lagi taman lupa pulak namanya. Islah memang suka taman-taman ini. Jadi dia ajak Mufidah dan Hanan melawat. Tip top pengurusan sekolah ini dapat menghasil suasana sekolah yang kondusif. Terima kasih warga SMKSA dapat mengembirakan hati Islah dan anak -anak didik yg lain.
5. Perjuangan Paed Onco
21 Jan 2011 Leave a Comment
in Journal
Sudah 3 minggu Islah d SMK Seri Ampangan. Dia seronok d sekolah ini. Banyak kemudahan yg diberi. PK HEM uruskan urusan untuk mendapat elaun OKU. Walaupun Islah dah 3 tahun OKU, sekarang ni baru nak buat urusan itu. Ini d sebabkan semasa d sekolah rendah, dia sekolah agama swasta. Pengetua juga telah memberi green light untuk Islah membuat ujian dan exam d rumah. Ini kerana dia menulis lambat. Nampaknya ibu le kena pantau, agar dia ikut masa yg sepatutnya dia layak jika exam sebenar (PMR).
Islah rasa tak sabar untuk melihat kawan-kawannya lari dalam ‘Merentas Desa Sekolah’ esok. Hanan adik bongsunya juga sibuk nak pergi. Terima kasih warga SMKSA yang telah prihatin dan mengembirakan Islah. Jasa semua hanya Allah swt yg membalasnya.
4. Perjuangan Paed Onco
19 Jan 2011 Leave a Comment
in Journal
Hari ini islah tengok orang merentas desa d sekolah. Seronok betul dia!!! Walaupun itu baru latihan penuh. Ibu sibuk uruskan pbsm. Islah memang seronok d SMK Seri Ampangan. Dia tidak d pinggirkan walaupun dah oku. Tetapi kesian jugak dia kerna dia menulis lambat. jadi banyak le yang tertangguh. Ibu le yang bertungkus lumus menyiapkan. Tak ape le !!. Sebenarnya tak sangka islah dapat ke sekolah hingga tingkatan 1. Ye lah Nov 2010 operate kali kedua.
Selepas d beritahu kena operate kali ke2, Islah takut dan sedih. ‘ Ibu, mati le kakcik(islah) kali ni sebab dah ke2 selalunya mati’. Ibu jawab’ Cuba tengok orang keliling ade tak jumpa orang umur 100 tahun’ Dia jawab ‘ Tak ade’. Ibu kata’ Haa jadi semua orang pun mati, jadi tak usah kisah. Itu semua kerja Allah swt. Jgn nak ambil alih kerja Allah’. Alhamdulillah dia faham. Sebenarnya setiap perkataan yg keluar dari mulut ini untuk memberi semangat pada islah adalah pertolongan dari yg Maha mengetahui.
3. perjuangan paed onco
18 Jan 2011 1 Comment
in Journal
Paed Onco : Pediatric Oncology : Kanser Kanak-kanak
Hari merentas desa d sekolah tetapi islah hanya mampu tengok aje kawan-kawan berlari. Dulu dia seorang yg sangat aktif. Semuanya sudah berlalu.Sekarang ini dia belajar bersungguh2. Mungkin itu saje yg dia mampu buat. Bersungguh-sungguh walaupun terlalu banyak kekangan. Segala aktivitinya psikomotor perlahan. Terlalu banyak cabaran untuk dia dan ibu. Alhamdulillah semua warga SMK Seri Ampangan memberi kerjasama terutama pelajar 1 Angsana. Hanya Allah swt membalas jasa kalian
Perjuangan Paed Onco
15 Jan 2011 Leave a Comment
in Journal
Definasi – Paed Onco : Pediatric Oncology/ Kanser Kanak Kanak
Sedih mendengar kabar anak-anak paed onco berjuang untuk hidup. Dis 2010 Anuaruddin, awal jan 2011 Azim dan minggu lepas Amylea menyelesaikan perjuangan selepas berjuang berhabisan dengan penuh keperitan dan kesakitan. Semuga emak-emak dan keluarga mereka redha dengan pemergian mereka. Ingatlah dunia ini pinjaman aje. Sesungguhnya perjuangan ini mendekat kita dengan Yg Maha Esa. setiap cabaran dan ujian adalah untuk mengumpul markah d akhirat. Kepada anak-anak Paed Onco dan emak-emak yang masih berjuang, teruskan perjuangan hingga titisan darah terakhir .
Nukilan : Ibu Islah
Pasca Pembedahan
19 Dec 2010 Leave a Comment
in Journal
Alhamdulillah setakat ni Kak Cik stabil selepas pembedahannya pada 27 Nov 2010 yang lalu. Balutannya telah dibuka tanpa sebarang komplikasi 10 hari kemudian. Insyaallah lusa (21/12) akan berjumpa dengan pakar onkologi kanak kanak untuk perbincangan tentang langkah langkah rawatan seterusnya.
KEMBARA MASJID MELAKA
11 Dec 2010 1 Comment
in Journal
Sebelum saya tahu kena bedah untuk kali kedua baru baru ini, saya & keluarga telah pergi bercuti di Melaka, percutian yang digelar Kembara Masjid. Saya pergi bersama keluarga (kecuali Abang Lang yang sedang SPM & Abang Ngah yang nak exam Semester di UTM) dan keluarga Mak Ndak Acal (adik ayah).
Sebelum ke Melaka kami singgah dahulu di Masjid Nurul Hidayah, Taman Seremban Jaya untuk Solat Zuhur & Solat Hajat. Lepas tu kami ke majlis perkahwinan anak Pak Lang Atan @ Norizan (sepupu ayah) yang tinggal di situ.
Kami kemudiannya terus ke Melaka dan tempat pertama yang kami singgah ialah di Masjid Kampung Hulu, masjid tertua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapak yang asal. Kami menunaikan solat hajat dan solat Asar di sini. Ade banyak makanan di masjid ini yang disedekah oleh orang ramai. Nazar kut?
Kami kemudian pergi ke Sungai Melaka untuk menyertai River Cruise iaitu menaiki bot beramai ramai selama lebih kurang 45 minit. Sungguh seronok tetapi kakak merungut…….katanya air sungai tu busuk………Mmmh……….
Akil, Hadi, Am dan Hanan terkinja kinja keseronokan melihat buaya……walaupun itu sebenarnya itu adalah biawak……
Kami kemudiannya bersolat Maghrib dan Isyak dan juga solat hajat di Masjid Negeri Melaka ie. Masjid Al Azim.
Kami sampai di rumah Pak Lang di Kg Sg. Kertah untuk makan malam pada pukul 9 malam. Sedap lauk yang Mak Lang masak… Ada ubi rebus dan sambal belacan lagi…Banyak yang ibu, ayah, Mak Ndak & Pak Ndak makan.
Selepas makan malam keluarga Mak Ndak terus pergi ke chalet di tepi pantai untuk tidur. Seronok betul Akil, Hadi dan Am. Kami seperti biasa tidur di rumah Pak Lang lah.
Keesokannya ayah, ibu dan Pak Ndak besolat subuh di masjid Kg. Sg. Tuang. Mereka baca Yaasin selepas subuh
Kami kemudiannya bersarapan beramai ramai di rumah Pak Lang. Keluar dari rumah Pak Lang kami terus ke pekan Masjid Tanah dan bersolat sunat Dhuha dan solat hajat di Masjid Tanah yang nampaknya dibuat dari batu! Ini masjid ke 5 dalam kembara ini.
Selepas itu kami pergi ke Makam Hang Tuah. Panjang betul kuburnya. Tinggi ke Hang Tuah ini????
Sampai di bandar Melaka kami terus naik Menara Taming Sari. Seronoknya…..tak terkata…
Bila turun tu perut pulak dah lapar…….terus kami ke Mahkota Parade untuk makan tengah hari di Pizza Hut. Pak Ndak yang belanja. Terima kasih Pak Ndak…Murah rezeki!
Lepas makan kami ke Masjid Selat Melaka untuk solat Zohor, Asar dan solat hajat. Cantik sungguh masjid ini. Ia terletak betul betul tepi pantai. Angin dari laut terasa nyaman sekali..….
Selepas ini keluarga Pak Ndak balik ke KL sebab dia cuti sehari sahaja. Kami masih meneruskan kembara ini. Keluarga kami kemudian ke Jonker Walk. Tapi tak keluar dari kereta sebab semua dah letih (terutamanya saya!)
Kami seterusnya pergi ke Kg. Morten, sebuah perkampungan yang menjadi muzium yang ‘hidup’ sebab penduduknya masih tinggal di situ. Cantik sungguh kampung ini. Ibu kata rumah di situ sama macam rumah arwah nenek moyang saya masa ibu kecil dulu. Nostalgia untuk ibu!
Kami teruskan kembara dengan menaiki beca di sekitar Kota A’ Famosa. Mahal pulak tambang beca ini…… RM 40 untuk satu jam. Ibu kata tak ape sebab ibu dan ayah berat! Teruk pakcik beca bawak…
Lepas tu cadangnya nak naik Muzium Samudera (replika kapal orang Portugis ‘Flo De La Ma’ tapi malangnya dah tutup sebab dah malam.
Kami bersolat Maghrib, Isya’ dan solat hajat di masjid Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang. Kompleks ini dibina dengan kos bernilai RM305 juta. Mula beroperasi pada bulan Mei 2010. Kompleks penjara serba baru dan moden ini dapat menampung kira-kira 2,000 banduan membabitkan 1,700 banduan lelaki dan selebihnya wanita. Tapi masa solat tu tak adalah banduannya! Ini masjid Ke 7 yang kami singgah sebelum kami mengakhiri kembara masjid ini.
Besok tu baru ayah beritahu yang saya akan di bedah sekali lagi di otak (tempat lama). Terkejut dan sedih tapi terima sajelah.
Nukilan : Nurul Islah @ Kak Cik
Ditaip oleh : Ibu
Disunting oleh : Ayah
Pembedahan kedua
27 Nov 2010 2 Comments
in Journal
Imej MRI terkini (lepas Eidhul Fitri) menunjukkan terdapat sedikit ketumbuhan baru di tempat tumor yang telah dibuang pada tahun 2007 lalu. Walaupun tiada kepastian tentang sifat sebenar ketumbuhan tersebut, pakar pakar PPUKM mencadangkan supaya ianya dibedah dengan secepat mungkin.
Memang berita ini sesuatu yang menyedihkan namun tidaklah begitu memeranjatkan kerana sifat tumor (Medulloblastoma) sebegitu rupa. Oleh itu kami pun memilih tarikh 26 Nov 2010 untuk menjalankan pembedahan itu tapi kerana kes bedah sebelah pagi yang juga melibatkan tumor otak (pesakit dewasa) telah berlarutan hingga ke petang maka pembedahan Islah telah ditunda ke hari ini (27 Nov 2010).
Doakan lah supaya pembedahan ini berjalan lancar dan Islah cepat pulih bagi membolehkannya mengikuti sesi persekolahan 2011. Insyaallah.
Ayah & Ibu
Depan katil No. 12, Wad 4K, PPUKM














